Jumaat, 3 April 2015

RESEPI DAGING MASAK KICAP LADA HITAM 

Bahan-bahan :
✔ 10 tangkai cili kering - dibasuh **
✔ 1 biji bawang besar **
✔ 3 ulas bawang putih **
✔ 3 tangkai cili merah**

✔ 1 kg daging - direbus dan dihiris sederhana nipis
✔ 3 ulas bawang kecil - dihiris untuk tumis
✔ 8 ulas bawang putih - dihiris nipis, bahagikan kepada 2 bahagian
✔ 2 tangkai cili merah - dihiris nipis
✔ 2 biji bawang besar - dipotong bulat
✔ 1 sudu besar serbuk lada hitam (dpd biji lada hitam yg ditumbuk lebih sedap & wangi) atau boleh gunakan sos lada hitam
✔ 6 biji kentang
✔ kicap masin
✔ air asam jawa
✔ serbuk perasa (sekiranya perlu)

Cara Menyediakannya :
✔ Kisar bahan bertanda **
✔ Ketepikan.
✔ Hiris kentang bulat², sederhana nipis.
✔ Gorengkan kentang sehingga kekuningan.
✔ Ambil 5 keping yang telah digoreng, tumbuk / lenyekkan sehingga hancur. Ketepikan.
✔ Goreng daging yang telah dihiris sehingga keperangan. Ketepikan.
✔ Tumis bawang kecil & sebahagian daripada bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi.
✔ Masukkan bahan² cili yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga agak garing.
✔ Masukkan serbuk lada hitam / sos lada hitam.
✔ Masukkan kicap secukupnya, jangan terlalu banyak, masukkan sedikit demi sedikit.
✔ Masukkan cili merah dan sebahagian lagi bawang putih yang dihiris nipis.
✔ Masukkan daging yang telah digoreng. Kacau rata. Biarkan seketika.
✔ Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
✔ Masukkan kentang yang digoreng.
✔ Sekiranya kuah terlalu cair, masukkan kentang yang telah ditumbuk / dilenyek tadi.
✔ Kacau rata, pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air.
✔ Masukkan hirisan bawang yang dipotong bulat.
✔ Biarkan ia masak seketika.
✔ Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas!

Selamat Mencuba !!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan