Biasanya .. kita dihidangkan dengan donut gebu bergula, bercoklat dan bercheese. Kali ini kita cuba pula melayukan dengan menyira dengan sambal.. manis pedas.. ala-ala keria sira gula tu... Hehehe.. Memang mabeles.. Minum petang dengan secawan kopi atau teh... hilang lelah selepas penat bekerja..
RESIPI DONUT SIRA SAMBAL
Bahan untuk sira:-
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah
10 -15 biji Donut yang telah digoreng
Cara-cara untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba
NOTA:- Sebaiknya selepas disira, terus jer angkat donut tu dan ltk atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan