Sabtu, 4 April 2015

RESEPI NASI AYAM STEAM

Bahan-bahan ayam kukus:
1. Ayam - 10 potong/drumstik
2. Garam - 4 sudu teh
3. Lada sulah - 2 sudu teh
4. Minyak bijan - 2 sudu besar
5. Halia - 1 ulas sederhana ( ditumbuk )
6. Bawang putih - 6 biji ( ditumbuk)
7. Stok ayam - 1/2 kiub sahaja.

Cara-caranya :
1. Gaulkan semua bahan di atas dan kukus lah dalam api kecil-sederhana selama 30 hingga 45 minit.

Bahan-bahan NASI AYAM:

1. Nasi beras wangi siam - 4 pot
2. Bawang putih - 4 ulas ( dihiris)
3. Bawang besar - 1 ulas ( dihiris)
4. Halia - 1 buku ibu jari( hiris)
5. Kiub ayam - 1/2 kiub sahaja.
6. Mentega - 2 sudu besar
7. Minyak masak - 1 piring
8. Air kukus ayam - ambil dalam 1 mangkuk sederhana
9. Garam - 3 sudu teh

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bahan 2,3 ,4 dan 5 dan goreng hingga garing.
3. Masukkan beras dan goreng seketika ( sangar).Jika nak nasi cantik goreng lama sikit.
4. Masukkan bahan-bahan tadi dalam rice cooker beserta air kukus ayam.
5. Masukkan garam dan tambahkan air jika kurang air.

Bahan-bahan sup:

1. Ayam - ambil tulang sahaja
2. Bawang besar - 1 biji
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Stok ayam - 1/2 kiub sahaja
5. Rempah tiga serangkai - kayu manis,cengkih dan bunga lawang.
6. Minyak masak - satu piring

Cara-caranya:
1. Kisar bahan 2,3 dan 4.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tadi.
3. Masukkan stok ayam dan rempah.
4. Masukkan tulang-tulang ayam.
5. Keluarkan rempah 3 serangkai tadi supaya rasa rempah tidak terlalu kuat.

Bahan-bahan sos:

1. Cili kering - 1 mangkuk kecil ( dikisar )
2. Bawang putih - 3 ulas (dikisar)
3. Sos cili - 1 mangkuk
4. Gula merah - 2 sudu teh
5. Garam - 2 sudu teh

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam kuali.
2. Goreng sehingga garing.

Bahan-bahan salad:

1. Salad - 2 pokok
2. Tomato - 2 biji
3. Timun - 1 biji
4. Potong semua bahan dan hidangkan.

SELAMAT MENJAMU SELERA .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan