Khamis, 9 April 2015

TART TELUR
Bahan Kulit 
1/2 cwn marjerin@butter
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Satukan marjerin,telur,gula dan esen vanilla,whisk guna senduk kayu hingga sebati.
2.Masukkan tepung gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
3.Wrap doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
4.Kemudian keluarkan uli semula adunan dan canai 1/2 inci tebal.
5.Ambil acuan tart dan tekap pada adunan tadi.
6.Tekan dan kemaskan doh tadi di dalam acuan dan cucuk tengah doh guna garfu.

Bahan kastard
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1/3 cwn gula pasir
1 biji telur
3 sudu besar tepung kastard

Cara
1.Satukan semua bahan,kacau sebati.
2.Kemudian tuang dalam doh tart tadi.
3.Bakar 180'c selama 20-25 minit. (ikut oven masing2)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan