RESEPI SATE LEMBU/AYAM
Bahan-bahanya :
● 1 kg daging lembu/isi ayam
● 300-400 gram gula pasir
● 1 sudu makan garam
Bahan rempah (dikisar halus)
● 5 batang serai
● 1/2 inci lengkuas
● 1/2 inci halia
● 1 sudu makan ketumbar
● 1 sudu makan jintan manis
● 2 sudu makan serbuk kunyit
Cara-caranya
1. Potong dadu/nipis daging, rendamkan dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan daging yang direndam kemudian gaulkan rata bersama gula pasir, perapkannya setengah jam.
2. Pastikan dikisar halus bahan rempah dan gaulkan bersama daging yang telah diperap bersama gula tadi, tambah garam dan gaulkan rata. Perapkan lagi sekurang-kurangnya satu jam.
2. Cucuk daging dengan lidi buluh dan sedia untuk dibakar guna arang.
Tip hasilkan sate sedap penuh rasa:
~ Bagi daging lembu atau kambing pastikan urat pada daging tersebut dibuang agar daging sate tidak liat semasa dimakan
~ Daging direndam dalam air bertujuan melembutkan daging tersebut.
~ Rempah akan lebih meresap kedalam daging jika lebih lama diperap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan