Sabtu, 4 April 2015

KEK GULA HANGUS



1 Cawan gula
1 Cawan air panas
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan susu pekat manis
2 sudu teh bikarbonat soda
2 sudu besar mentega
4 biji telur

CARA-CARANYA
1 - Mula-mula masak gula dengan api perlahan sampai hangus. Sebab tu nama dia kek gula hangus hehe. Tapi janganlah sampai hangus melampau-lampau kang rasa dia pahit.
2 - Agak-agak gula dah cair dan hangus dengan warna yang kekuning-kuningan,masukkan air panas perlahan-lahan. Hati-hati ye, sebab bila air terkena gula ni akan menghasilkan letup-letup kecil hehe.. jangan sampai tercedera pulak.
3 - Kemudian masukkan pula mentega. Cairkan dan gaul sebati.
4 - Lepas tu sejukkan.
5 - Sementara tu, dalam bekas yang lain pukul telur sehingga kembang dan pekat
6 - Masukkan susu pekat manis. Gaulkan hingga sebati.
7 - Ayakkan tepung sekali dengan bikarbonat soda. Masukkan sikit-sikit. Gaul bagi serasi
8 - Bila adunan dah mesra, campurkan pula dengan air gula tadi.
9 - Sebatikan lagi biar betul-betul jadi macam teman tapi mesra.
10 - Tuang dalam loyang. Biarkan dalam 3-4 jam. Selepas itu, panas kan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 40-50 minit.
11 - Tunggu hasilnya. Lembut dan gebu. yummy sangat!

SELAMAT MENCUBA





Tiada ulasan:

Catat Ulasan