Sabtu, 4 April 2015

NASI LEMAK KUKUS ISTIMEWA

Bahan-bahannya:
1 kg beras
2 biji kelapa ( kalau menggunakan santan kotak : ambil 3 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair…lebih kurang lah…bergantung kepada beras…kalau beras usang/lama/basmathi boleh guna sukatan ni. kalau beras lembut/baru/BERNAS, boleh kurangkan sikit santan pekat tu)
daun pandan
garam
optional untuk halia atau halba

Cara-cara memasaknya:
Beras di rendam 4-5 jam
tapiskan dan kukus hingga naik wap/beras nampak kering
keluarkan dan basuh hingga sejuk dan tapiskan. Kukus semula.

Naik wap kali kedua, keluarkan dan gaulkan dengan santan cair. Kukus sekali lagi.

Naik wap kali ketiga/beras 90% masak, keluarkan dan gaulkan dengan santan pekat yang sudah dicampurkan dengan garam. Gaulkan menggunakan senduk kayu atau buluh supaya beras tidak patah. biarkan sehingga nasi/beras tadi menyerap semua santan. Kukus semula bersama-sama dengan daun pandan. (saya gunakan daun pandan untuk mengalas kukus dan juga sehelai dua diletakkan di dalam nasi semasa kukusan terakhir untuk membangkitkan bau).

Bahan-bahan untuk sambal:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering dikisar halus
3 labu bawang besar juga dikisar halus
3 bawang merah
2 bawang putih
Sedikit halia
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar dimayang kasar
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit belacan

Cara menyediakan sambal:
1) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan.
2) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan.
3) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik.
4) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
5) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap.
6) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan