Kaedah Semulajadi Mengatasi Masalah Jeragat
Memang ada rawatan kosmetik yang khas untuk membuang jeragat, tetapi ianya boleh menjadi sangat mahal hingga mencecah kos ribuan ringgit. Anda boleh menyingkirkannya dengan mudah dengan mencuba beberapa rawatan semulajadi berikut di rumah.
1. Jus Lemon
Jus lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
Sapukan jus lemon segar pada kulit yang terjejas dan perlahan-lahan urut bahagian itu. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Ulang aktiviti ini dua kali sehari.
Pilihan lain adalah dengan menggunakan skrub lemon. Potong lemon separuh dan taburkan setengah sudu teh gula di atasnya. Perlahan-lahan gosok kulit anda dengan ia selama beberapa minit dan kemudian basuh kulit anda dengan air. Anda boleh amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu secara tetap.
2. Krim Yoghurt
Asid laktik dalam yoghurt boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ia amat berguna untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Sapukan sedikit krim masam pada kulit yang terjejas dan biarkan ia kering selama beberapa minit. Selepas membilasnya dengan air, perlahan-lahan lap dengan tisu lembut atau tuala. Kemudian letakkan pelembap. Petua ini tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit atau kekeringan. Ulang sekurang-kurangnya sekali sehari sehingga jeragat hilang dan pudar.
Secara alternatif, anda boleh basuh dan bilas kulit yang terjejas dengan yoghurt setiap hari.
3. Madu
Madu sangat baik untuk memudarkan jeragat kerana ia mengandungi enzim yang membantu meringankan pigmentasi kulit. Sebagai tambahan, sebagai pelembap semulajadi, ia bagus untuk melempapkan kulit muka anda.
Campurkan madu dan air panas. Panaskan sebentar dengan ketuhar gelombang mikro. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas bahagian tersebut sehingga bersih dengan air suam. Ulang ini setiap hari untuk beberapa minggu.
Anda juga boleh membuat masker herba dengan mencampurkan gandum dengan madu suam. Pakai masker ini dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Bilas kawasan tersebut dengan air suam dan kemudian basuh sekali lagi dengan air sejuk. Ulangi dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan. Ini adalah salah satu remedi yang paling berkesan untuk jeragat.
Satu lagi pilihan adalah untuk membuat campuran madu dan yogurt, dan sapukan pada kawasan bermasalah dan biarkan selama 30 minit setiap hari sehingga anda mendapat hasil....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan