Jumaat, 3 April 2015


Resepi Bubur Kacang Hijau

Bahan- bahan:

1 kilogram kacang hijau direndam beberapa jam
2 ketul gula merah
1/2 cawan sagu mata ikan
3 cawan santan
Daun pandan disiat dan disimpulkan
Secubit garam

Cara menyediakan:

1 Rendam kacang hijau hingga kembang dan kemudiannya direbus sehingga lembut.
2 Masukkan sagu mata ikan, daun pandan dan gula merah, renehkan seketika.
3 Masukkan santan dan secubit garam. Setelah mendidih matikan api. Sedia untuk dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan