Jumaat, 3 April 2015


RESEPI PUDING LAPIS KACANG MERAH

Bahan A:
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Sedikit garam

Bahan B :
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan:
1.Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2.Sebelum dituang ke dalam bahan A ,kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat.

Selamat Mencuba !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan