Jumaat, 3 April 2015

Wajik / Pulut Manis

Bahan-bahan :
1 kilogram beras pulut
300 gram gula pasir 
300 gram gula merah
500 ml santan dicampur
secubit garam
Daun pandan disiat dan disimpulkan

Cara menyediakan:
1 Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2 Gula merah dan gula pasir dimasakkan dengan santan dan daun pandan.
3 Masakkan sehingga pekat.
4 Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5 Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan