BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung gandum
900 gm gula putih
50 gm gula batu
1 sudu makan sebuk batu nasila (boleh didapati di kedai Mamak)
1 sudu teh pewarna kuning
300 gm minyak masak
Air secukupnya
1 1/2 liter air | digunakan ketika memasak
CARA MEMASAK:
1. Tepung diuli dengan air sehingga menjadi doh seperti roti canai.
2. Jirus dengan air sedikit-sedikit sambil diramas. Bila getahnya keluar, buangkan getahnya.
3. Tepung dan air yang tinggal dibiarkan semalaman.
4. Keesokannya tepung yang tinggal akan mendak ke bawah dan air jernih di atasnya dibuang dan tinggalkan pati tepung sahaja.
5. Masukkan pati tepung bersama gula putih, gula batu, serbuk batu nasila, pewarna kuning dan 1 1/2 liter air ke dalam periuk tembaga. Kacau dan masak sehingga pekat.
6. Bila sudah pekat masukkan minyak. Kacau dan masak selama dua jam.
7. Bila sudah masak masukkan ke dalam acuan.
8. Biarkan sejuk.
Masak dalam periuk tembaga untuk mendapatkan halwa maskat yang cantik dan kuning berkilat.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan