Jumaat, 3 April 2015

RESEPI SANDWICH TELUR

Bahan-bahan
Sebuku roti sandwich (roti tawar)
3 biji telur rebus
timun
Mentega
garam halus
serbuk lada sulah
25gm mayonis

Cara membuatnya:

1. Timun di buang biji dan potong dadu. Ketepikan seketika.

2. Kupas telur rebus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk serta hancurkan.

3. Masukkan timun, garam, serbuk lada sulah serta mayonis kedalam telur hancur tadi sambil di kacau hingga bercampur.

4. Sapu mentega di roti dan masukkan campuran telur tadi.

5. Sapukan sekeping roti lagi dengan mentega dan lapiskan di atas roti tersebut.

5. Potong roti sandwich yang telah siap dan bolehlah di hidangkan. Semudah ABC, kan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan