Jumaat, 3 April 2015


Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah

1 cawan tepung beras 
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas..

3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C 

Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara Membuatnya:

1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

P/s: Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk plastik kecil.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan