Jumaat, 3 April 2015


Resepi Bubur Gunting

Bahan- bahan:

500 gram tepung gandum
1 cawan air dicampurkan garam 1/2 sudu besar
3 jenis perwarna
3 helai daun pandan disiat dan disimpulkan
2 biji kelapa parut dan diambil santannya
2 ketul gula melaka

Cara menyediakan:

1 Uli tepung gandum dan air sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnainya mengikut citarasa anda.Kemudian gunting kecil kecil di atas taburan tepung gandum atas dulang supaya tidak melekat antara satu sama lain.
2 Air setengah periuk sederhana besar dibiarkan mendidih dengan daun pandan, setelah mendidih masukkan tepung yang telah digunting tadi. Rebus selama 30min.
3 Masak santan dan gula melaka didalam bekas lain, setelah mendidih masukkan kesemua tepung yang direbus kedalam bekas tadi. Kacau supaya tidak pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan