Khamis, 30 April 2015

Resepi Gulai Telur Itik

bahan-bahan =
10 biji telur itik
3 cawan santan
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit kunyit hidup *
beberapa biji cili padi *
(bahan bertanda * diblend)
3 batang serai-diketuk
2 keping asam gelugur
boleh digantikan dgn belimbing buluh..lagi sedap
(tp saya takde la pulak)
2 helai daun kunyit

cara-caranya =
1-masukkan bahan2 yg diblend kedalam santan
2-masukkan asam keping/belimbing buluh
3-bila telah mendidih,masukkan telur sebiji demi sebiji
(telur dipecahkan terlebih dulu kedalam mangkuk
dan tuang dgn perlahan kedalam santan yg sedang mendidih)
4-masukkan garam dan daun kunyit
5-kacau dgn perlahan2,sekali sekala supaya telur tidak pecah
6-matikan api bila telur telah masak

Apam Bakar Kelantan

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (ikut manis yg disukai)
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera (tak letak pun)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
250 ml air
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus)

Cara-cara
Lenyek pisang dan tapai ubi. Masukkan halia dan bawang hiris, garam, gula dan tepung beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk.

Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan.

Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali. Bila kuih berbuih, baru dibalikkan dalam 1 minit sebelum diangkat.

Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat. Dihidang bersama kelapa parut.

Sekaya Telur

Bahan bahan:
6 biji telur itik (buang mata)
1/2 cawan gula melaka (1/2 keret besar)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - carik kecil
Garam secukupnya
3-4 bunga cengkih

Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan dipukul ringan hingga sebati. Alas loyang dengan plastik. Tapiskan ke dalam loyang saiz 7 inci.

Masukkan semula beberapa kuntum bunga cengkih tadi. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dulu.

Masukkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.

Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong

Khamis, 16 April 2015

Muffin Pisang
sumber : jendeladapursurianti. blogspot

Bahan-bahan :
5 biji pisang emas (dilecek)
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1/2 cawan gula perang
1 st esen pisang
1/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 cawan choc chip
Badam cincang untuk hiasan diatas muffin (jika suka)

Cara penyediaan ;
1. Satukan dan ayak bahan *. Ketepikan.
2. Satukan gula perang, minyak jagung, susu segar, telur, esen dan pisang lecek. Kacau rata menggunakan senduk atau pun whisk sekejap saja. Kemudian gaulkan dengan bahan ayak dan choc chip sehingga rata.
3. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 cup kertas. Taburkan badam cincang. Bakar selama 23 minit pada suhu 180' C atau pun sehingga masak.

Resepi Biskut suji Arab

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum ( saya guna tepung jenis halus)
1 cawan gula halus
1 cawan minyak ghee@ sapi

Cara penyediaan
1. Satukan tepung dan gula.
2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2 sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.
3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.
4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah di tengah2nya.
5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.

DIPERSILAKAN SHARE..
Rezeki itu luas, dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. Berikut adalah koleksi 11 Tip Murah Rezeki dari Facebook saya…
  1. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.
  1. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T :)
  1. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.
  1. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.
  1. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.
11tipsrezeki
  1. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.
  1. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.
  1. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.
  1. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.
  1. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.
  1. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.

Isnin, 13 April 2015

Masalah.KEPUTiiHAN yang teruk
Keluar CECAiiR YANG BERLEBIH4N pada faraaj
Keluar CECAiiR YANG LIKAT dan BERBAU BUSUKk pada faraaj

- Dah cuba macam macam rawatan tapi masalah tetap belum selesai
- Sengsara dengan bau yang datang dan tak menyenangkan
- Dah tak tahan lagi dan masih mencari penawarnya
ADAKAH ANDA SEDANG MENDER!TA MASALAH SEPERTI BERIKUT:

Masalah.KEPUTiiHAN yang teruk
Keluar CECAiiR YANG BERLEBIH4N pada faraaj
Keluar CECAiiR YANG LIKAT dan BERBAU BUSUKk pada faraaj
RASA GATTAL-GATTAL yang teramat sangat pada faraaj
Terpaksa..memakai ‘P4NTIES’ tiap-tiap hari
Ketidakselesaan.apabila 'BERS4MA' suamMi
KINI...Kapsul Serapat Manjakani Mama 100% ASLI
untuk para isteri buat abang tersayang.
Cuba dahulu baru tahu KESANNYA!!!
Makin ketat makin rapat.
Meningkatkan hubungan intim suami isteri.
Untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita.
Produk Muslim ditanggung HALAL
 50 buji - RM 35
100 biji -  RM 60
200 biji -  RM 100 >>>PERCUMA 25 BIJI
‪#‎ SMS/WHATSAPP 011-15366310  UTK ORDER

.
1001 Khasiat manjakani yang patut anda tahu....
   Memulihkan luka jahitan bersalin.
   Mengetatkan / mengesatkan liang faraj.
   Memberikan sesuatu adventure yang luar biasa.
   Mengecutkan rahim.
   Mengencangkan otot2 vagina dan otot2 vital wanita.
   Melancarkan haid / mengeluarkan sampah sarap semasa keluar haid.
   Membantu merawat keputihan.
   Mengeluarkan  air berlebihandari faraj.
   Mengurangkan lendir berlebihan.
   Merawat / menghilangkan bau vagina yang tak disenangi.
   Memberi tenaga  kepada wanita  sewaktu bekerja. [tidak mengantuk ]       
   Memberi fokus.
   Menambah keyakinan diri kepada wanita.
   Menambah ghairah dalam hubungan suami isteri.
   Menenggangkan / memejalkan kulit / daging badan.    
   Digunakan sebagai pupur / bedak sejuk.
   Mengecutkan jerawat.
   Dibuat sebagai ramuan face mask menegangkan wajah.
   Mengurangkan kejang kaki yang sejuk/ngilu.
   Memamanaskan badan yang seram sejuk.
   Mengurangkan sakit pinggang.
   Bertenaga menghindarkan dari letih lesu.
   Memejalkan/ menenggangkan payudara sehingga kencang.
   Memperkemaskan diri dari gelebeh.
   Awet muda.
   Serbuk manjakani dibuat pupur ditepek pada / dalam liang jimak untuk ketat / kesat.
   Mengurangi peluh badan busuk.
   Mengurangi bau mulut busuk.
   Kembali sebagai anak dara 3k [ ketat/kesat/kuat ]
   Membantu menambah kasih sayang suami terhadap isteri 200% dari biasanya.
InsyaAllah selagi ada  ...... Doa, Usaha, istiqomah ,Tawakal kepada Allah swt   rumahtangga Syurga dunia untuk... Syurga diakhirat



MALAYSIA PINEAPPLE PASTRIES ( 5 STAR )
=============================
INGREDIENTS

1⁄2 medium fresh pineapple
1⁄2 cup sugar
1⁄3 cup water
1⁄2 cup butter
2 cups all-purpose flour
2 egg yolks, beaten
1⁄2 teaspoon vanilla
5 -6 tablespoons cold water
2 egg whites, slightly beaten

DIRECTIONS
Peel pineapple, remove eyes and core. Chop pineapple to make 1 1/2 cups. In sauce pan combine pineapple, sugar, and 1/3 cup water. Bring to boiling; reduce heat to medium till thickened, stirring occasionally.(Watch closely the last 5 minutes to prevent sticking.) Cool.
Meanwhile, in bowl cut butter into flour till mixture is crumbly. Add egg yolks and vanilla; stir till well combined. Sprinkle 1 tablespoon cold water over part of mixture, gently toss with fork. Push to side of bowl. Repeat till all is moistened. Form dough into ball. Cover; chill 1 hour. Divide dough in half. On lightly floured surface roll each half to 10x10 inch square. Cut into sixteen 2 1/2 inch squares. Spoon about 1 tsp pineapple filling diagonally in center of each square. Bring up two side corners/ overlap slightly. Place on ungreased baking sheet. Brush lightly with egg white to seal. Bake in 400 degree oven for 10 to 12 minutes till golden brown. Cool on wire rack.

TOTAL TIME : 1hr 10mins
PREP 25 mins
COOK 45 mins

Follow Me & Like : https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah

PAU SAMBAL MALAYSIA ( 5 STAR ) ...sedap yer....
=============================
Masa:
Penyediaan: 1 jam 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 12
Bahan-Bahan:

2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar majerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam
Cara Penyediaan:

Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.

Tips:
Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat

Khamis, 9 April 2015

APAM POLKADOT
Bahan 
3 bibji telur-(dr peti sejuk grad)
275g tepung gandum
220g gula halus
150ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
filling blueberry@strawberry@apa2 je ikut suka
1 sudu teh pewarna-ikut suka

Cara
1.Masukkan gula,telur dan ovalette ke dalam mangkuk mixer,putar hingga kembang.( warna btukar jd putih )
2.Masukkan tepung.baking powder dan susu,putar hingga sebati.
3.Bahagi adunan ikut jumlah warna digunakan.
4.masukkan adunan yang telah di warna dalam piping bag.
5.Letakkan juga filling dalam piping bag.
6.Ambil cawan kertas masukkan dalam acuan dan picit sedikit adunan apam,pastu picit pulak filling diatas adunan tadi dan picit lagi adunan apam tutup filling tadi.
7.Akhir sekali buat dot-dot diatas apam tadi.
8.Sebelum kukus pastikan panaskan dulu periuk kukusan.
9.Bila dah panas periuk kukusan baru kukus apam selama 15 minit.

P/S:Jangan guna api terlalu besar semasa mengukus nanti akan menyebabkan apam merekah.
*Guna api sederhana


CREAM PUFF ( 28-38 biji )
Bahan
125g tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100g butter
250ml air
1/2 sudu teh gula pasir
3 biji telur

Cara
1.Panaskan air,gula dan butter hingga mendidih.
2.Masukkan tepung dan baking powder kacau hingga menjadi doh,tutup api dan angkat.Biarkan sejuk.
3.Masak guna api kecil.
4.Bila dah sejuk masukkan telur 1 demi 1,putar hingga kembang@sebati.
5.Masukkan adunan dalam piping bag dan guna nozzle bentuk bintang.
6.Alas loyang dengan kertas minyak dan paipm adunan tadi dalam loyang.
7.Bakar 180'c selama 25 minit.( ikut oven msng2 )
8.Bila dah masak biarkan sejuk baru potong di bahagian tengah puff dan letak kastard.

KEROPOK LEKOR ( DRPD : SUN SWEET )
Bahan2 : 
15 ekor ikan kembung di buang tulang ambil isi sahaja
150 gm tepung ubi kayu
Garam secukup rase 
Air 1 cwn
Cara2:ikan yg dibuang tulang tadi diblend dgn air ,blend sampai hancur,kemudian tuang dlm besen masuk kn garam gaul2 dn buang lebihan kulit ikan ,selepas tu masuk kn tepung dn uli spi menjadi doh,dan bentuk kn tepung td panjang2 bila siap rebuskn bersama air yang didihkn,masak sampai doh timbul2 dn toskn, bila da kering boleh la potong dn goreng sdp di mkn dengan sos life.. Slmt mencuba
TART TELUR
Bahan Kulit 
1/2 cwn marjerin@butter
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Satukan marjerin,telur,gula dan esen vanilla,whisk guna senduk kayu hingga sebati.
2.Masukkan tepung gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
3.Wrap doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
4.Kemudian keluarkan uli semula adunan dan canai 1/2 inci tebal.
5.Ambil acuan tart dan tekap pada adunan tadi.
6.Tekan dan kemaskan doh tadi di dalam acuan dan cucuk tengah doh guna garfu.

Bahan kastard
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1/3 cwn gula pasir
1 biji telur
3 sudu besar tepung kastard

Cara
1.Satukan semua bahan,kacau sebati.
2.Kemudian tuang dalam doh tart tadi.
3.Bakar 180'c selama 20-25 minit. (ikut oven masing2)


WAFFLE KLASIK ( 8-10 kpng )

Bahan 
2 cwn tepung gandum
1 sudu teh garam
4 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
2 biji telur
1 1/2 cwn susu segar
1/3 cwn butter - cairkan
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Satukan semua bahan kering,gaul sebati dan ketepikan.
2.Panaskan waffle maker.
3.Pukul telur,kemudian masukkan esen vanilla,susu dan butter,pukul sebati guna whisk.
4.Kemudian tuang dalam mangkuk bahan kering tadi,gaul sebati.
5.Lagi senang blender bagi tak berketul-ketul.
6.Sapu sedikit butter pada waffle maker dan tuang adunan waffle.
7.Bila lampu pada waffle maker bertukar dari merah ke hijau bermakna waffle sudah masak

PRETZEL
Bahan A
11g yes mauripan
2 sudu besar gula perang
1 1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cwn air suam
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung roti

Bahan B
2 cwn air suam
2 sudu besar soda bikarbonat

Hiasan
2 sudu butter - cairkan
2 sudu besar gula pasir

Cara
1.Sediakan 1 mangkuk besar,satukan yis,gula perang dan air suam,gaul sebati,biarkan 8 minit hingga berbuih.
2.Masukkan tepung gandum,garam dan tepung roti gaul sebati,guna senduk kayu.( rehat 1jam dan tutup dengan kain lembab )
3.Sementara tunggu adunan kembang buat bancuh untuk celup pretzel nanti.
4.Campurkan 2 cwn air dan soda bikarbonat,gaul hingga sebati dan tuang dalam loyang saiz 8'.
5.Bila adunan tadi sudah kembang 2x ganda,tabur sedikit tepung pada papan canai dengan dan uli adunan menjadi dan potong kepada 12.
6.Kemudian gulung doh tali menjadi seperti tali dan gulung berbentuk pretzel.
7.Bila dah siap semua adunan tadi,celup pretzel dalam bancuhan soda bikarbonat tadi.
8.Rehatkan 15 - 20 minit.
9.Kemudian bakar 180'c selama 8 - 10 minit @ hingga bertukar warna keperangan.( ikut oven msng2 )
10.Bila dah masak sapu butter cair pada permukaan pretzel dan tabur gula pasir

KUIH SAGU MERAH
Bahan
3 cwn air
1 cwn sagu
3/4 cwn gula pasir
6 titk sirap pekat
1/2 biji kelapa parut
1 sudu teh garam.

Cara
1.Campur kelapa parut dan garam,gaul rata.(ketepikan)
2.Didihkan air bersama sirap,kacau sebati.
3.Bila dah mendidih baru masukkan sagu,kacau rata selama 10 minit.
4.Bila dah nampak agak pekat sikit masukkan gula pasir.
5.Kacau hingga pekat.
6.Bila dah pekat angkat dan tuang dalam loyang @ acuan.
7.Kemudian kukus,kalau guna loyang kukus 20 minit.
8.Kalau guna acuan kecil kukus 10 minit.
9.Biarkan sejuk baru golekkan dengan kelapa parut.
DURIAN CREPE
Bahan
20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung jagung
10g tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu segar@sejat
150ml air
1 sudu teh warna kuning

Cara
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk,sebatikan dan tapis.
2.Lengserkan kuali dengan butter.
3.Ambil sesenduk dan tuang dalam kuali,rata hingga nipis.
4.Masak dengan api kecil.
5.Masak hingga crepe mengering dan x perlu di terbalikkan.

Cara Menggulung
1.Ambil sekeping crepe.
2.Letak filling.
3.Letak isi durian.
4.Gulung crepe dengan melipat kanan dan kiri.
5.Kemudian lipat bahagian atas kebawah dan bahagian bawah keatas.

KUIH TIRAM@LIDAH BUAYA
Bahan
500g tepung gandum
160ml air
1 biji telur
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar minyak

Cara
1.Campurkan tepung jagung dan munyak,gaul sebati.( ketepikan )
2.Campurkan semua bahan lain hingga menjadi doh yang licin dan mudah diuli.( klu lembit tambah sikit tepung @ klu keras tambah sikit air )
3.Uli doh nipis2 dan sapu dengan adunan tepung jagung tadi.
4.kemudian gulung kemas2 potong kecil2 sebesar ibu jari.
5.Amik seketul kecil tadi dan canai leper.
6.Bila dah siap goreng hingga kekuningan.
7.Bila dah masak toskan dan golekkan dengan gula halus.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Rabu, 8 April 2015

Cantonis Yee mee

Resepi : Mohd Nabil

Bahan bahan:
-stock ayam
-seafood
-sayur
-bawang putih
-sos tiram
-lada sulah
-sos ikan
-tepung jagun
-sbijik telur
-kicap pekat(unt warna)

Cara masak:
1)tumis bawang putih,masukan stock ayam,sos ikan,sos tiram,kicap ketat(sdikit shaja)
2)masukan satur Dan pekat kn dgn tepung jagung
3)mati kn apa Dan masukan telur.kacau skit.masukan minyak bijan Dan tuang diatas Yee mee

Selamat mencuba !!


Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal 

Dapatkan pelbagai koleksi resepi kek dan kuih-muih disini !!!
Jom LIKE page ni segera ➨ Koleksi Resepi Kek & Kuih-Muih

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.

Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.

Sedia dihidang. Selamat mencuba
Resepi Kek Pandan Chiffon 

BAHAN BAHAN (18cm)

bahan A (diayak 3 kali)

150g tepung kek superfine (tepung gandum pon xpe)
1 sudu kecil baking soda

bahan B

4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam

bahan C

85ml minyak jagung
115ml jus pandan
1 1/2 sudu kecil perasa pandan
1 sudu kecil warna hijau -
110ml susu segar / santan

bahan D

4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil jus lemon

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

1.Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang. Kemudian, masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati dan kembang.

2. Masukkan perasa pandan, warna hijau dan susu segar. Putar sehingga sebati.

3. Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan kaedah kaup balik. Kacau sebati. Jangan terlalu lama mengacau.

4. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang bersih. Putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putarkan. Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang dan kental (soft peak). Kalau terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.

5. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan pandan tadi. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.

6. Kemudian, masukkan adunan (5) tadi kedalam separuh lagi adunan putih. Dengan kaedah yang sama, kacau sehingga sebati.

7. Masukkan kedalam loyang dan bakar sehingga 40-45 minit.

8. Sejukkan dengan kaedah menelangkupkan loyang chiffon supaya kek tak mendap kot. Setelah itu, bolehlah dihidang.


Resepi Roti sosej pintal

Bahan-bahan:

· 1 paket yis

· 2 sudu besar gula

· 1 sudu besar mentega

· 1 sudu besar susu sejat

· Garam secukup rasa

· ¾ cawan air suam

· 2 ½ cawan tepung gandum

Cara membuat:

Masukkan bahan-bahan seperti yis, garam dan gula bersama air suam. Biarkan selama 10 minit. Kemudian campur adunan tadi dengan tepung dan mentega. Uli sampai menjadi doh. Jika masih melekat, tambahkan tepung. Biarkan doh selama 45 minit.

Cara memintal:

Ambil adunan doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej. Potong balutan sosej secara sekata tetapi jangan sampai putus. Kemudian, pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili, mayonis dan taburan keju mozzarella. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.
Selamat Mencuba.. Sila share.. 



Resepi Kerepek Bawang

Bahan-bahan :

bahan pedas :
3 cwn tepung gandum
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
4 biji bawang putih*
7-8 biji bawang merah*
4 sb cili mesin/giling(nak pedas lebihkan)
2 sudu kecik udang kering (ditumbuk)
garam + ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn air

bahan putih :
3 cwn tepung gandum
5-6 sb butter/majerin
garam + ajinamoto secukup rasa
air secukupnya

cara-cara :
-doh pedas
1) blenderkan bahan bertanda * hingga lumat sebati. tapis asingkan bhn2 blnder gn airnya ketepikan
2) dlm bekas yg lain masukan tepung,garam+ajinamoto,udang kering,cili mesin dan bawang yg diblnder tadi. kemudian gaul sebati sambil masukan air yg diasingkan tadi.
3) bentukan doh yg agak-agak boleh dicanaikan. bahagi tepung kepada 6 bulat2.

-doh putih
1) masukan tepung garam+ajinamoto,majerin dan air. jadikan doh.
2) bahagi tepung kepada 6 bulat2.

- 1) selesai membuat doh utk kedua2nya. canai tepung pedas. dan kemudian yg putih. gabungkan. canai kedua2 lapisan sehingga nipis. gulung. kemudian potong nipis2 dengan pisau yg tajam.
2) goreng hingga kekuningan. dan siap untuk dimakan...


PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH

Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

4. Asam Jawa :
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba.

Khasiat dan Kelebihan Barli

1. Dapat membantu merendahkan kolestrol

Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yang membantu untuk menurunkan kolesterol dengan mengikat kepada asid hempedu dan mengeluarkan daripada badan melalui najis.

Asid hempedu adalah sebatian digunakan untuk mencerna lemak yang dihasilkan oleh hati daripada kolesterol.

Apabila dikeluarkan bersama-sama dengan serat barli itu, hati mesti mengeluarkan asid hempedu baru dan menggunakan lebih banyak kolesterol, dengan itu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah. Serat larut juga boleh mengurangkan jumlah kolesterol dihasilkan oleh hati.

Makan hidangan bijirin penuh, seperti barli, sekurang-kurangnya 6 kali setiap minggu adalah dicadangkan terutama bagi wanita menopaus dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau tanda-tanda penyakit kardiovaskular.

2. Membantu mengelakkan darah membeku

Buah barli mempunyai kandungan niacin yang membantu untuk mencegah radikal-radikal bebas daripada mengoksidakan LDL (low density lipoprotein).

LDL akan menjadi berbahaya apabila terjadi pengoksidaan pada dinding-dinding pada salur darah.

Selain itu, barli membantu untukmengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).

3. Membantu mencegah batu karang

Barli yang kaya dengan serat tidak larut membantu untuk mempercepatkan masa transit usus (iaitu berapa lama makanan bergerak dalam usus).

Selain itu, ia membantu mengurangkan rembesan asid hempedu (jika berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu hempedu) dan meningkatkan sensiviti insulin dan merendahkan trigliserida (lemak darah).

4. Mengurangkan Reumatoid Artritis (RA)

Dalam barli terdapat mineral iaitu tembaga bagi mengurangkan gejala-gejala Reumatoid Artritis. Tembaga ini penting dalam enzim oksidatif utama yang dipanggil superoxide dismutase.

Selain itu, tembaga juga terlibat dalam aktiviti lysyl oxidase iaitu salah satu enzim yang terlibat dalam pembentukan kolagen.

Selamat mencuba Emotikon smile


KHASIAT SAYUR KUBIS, BAYAM, DAUN SALAD, KACANG PANJANG DAN SAWI

Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Kita sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalkan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita.

1. Kubis
Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.

2. Bayam
Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

3. Daun salad
Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.

4. Kacang panjang
Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.

5. Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari.

Selamat mengamalkan.

PETUA TERCEKIK TULANG

1. Nasi atau pisang :
Kepal-kepalkan nasi atau pisang dan terus telan. Sebaiknya baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal.

2. Madu :
Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.

3. Air basuhan tangan kita :
Caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah.

4. Minyak masak :
Celupkan jari telunjuk dengan minyak masak, sapukan pada dubur. Rasa tercekik tulang akan beransur-ansur reda.

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.
Selamat mencuba.